Tema
Tema sajak ini ialah kepentingan
kewibawaan dan ketokohan seseorang pemimpin dalam menerajui sesebuah
organisasi. Hal ini dikatakan demikian kerana pemimpin pada masa ini semakin
berani memutar-belitkan keadaan yang sebenar demi menjaga kepentingan diri.
Oleh sebab itu, penulis berpendapat bahawa manusia pada zaman moden ini masih
memikirkan calon pemimpin mereka yang paling berwibawa dan berketerampilan.
GAYA BAHASA
(1) Anafora
Buktinya, untuk berlari dengan tangan bergari
untuk sehari lagi; sambil bertanya:
(2) Responsi
Buktinya, mewarnakan keindahan pada hodohnya
menjungkitkan amarah pada damainya
(3)Sinkope
Buktinya, Andai namamu Tuah, kita masih
Andai namamu Jebat, kita masih tidak
(4) Imejan atau imej alam
Buktinya, ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus
ringkik kuda, gemerincing
bercabang lalu bertemu bayu palsu;
Sehingga senja tiba,
(5)Simile
Buktinya, perca-perca bahagia – seperti perawan
(6) Perlambangan
Buktinya, Sehingga senja tiba
Senja dalam baris sajak di atas melambangkan waktu zaman sudah tua
(1) Anafora
Buktinya, untuk berlari dengan tangan bergari
untuk sehari lagi; sambil bertanya:
(2) Responsi
Buktinya, mewarnakan keindahan pada hodohnya
menjungkitkan amarah pada damainya
(3)Sinkope
Buktinya, Andai namamu Tuah, kita masih
Andai namamu Jebat, kita masih tidak
(4) Imejan atau imej alam
Buktinya, ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus
ringkik kuda, gemerincing
bercabang lalu bertemu bayu palsu;
Sehingga senja tiba,
(5)Simile
Buktinya, perca-perca bahagia – seperti perawan
(6) Perlambangan
Buktinya, Sehingga senja tiba
Senja dalam baris sajak di atas melambangkan waktu zaman sudah tua
BENTUK
SAJAK
1.Terdiri
daripada enam rangkap.
2.Bilangan
baris dalam setiap rangkap tidak sama. Rangkap pertama; sebelas baris, rangkap
kedua; sepuluh baris, rangkap ketiga; sepuluh baris, rangkap keempat; enam
baris, rangkap kelima; lapan baris dan rangkap keenam; empat baris.
3.Jumlah
patah kata dalam setiap baris juga tidak sama iaitu antara dua hingga enam
patah kata dalam satu baris.
4.Bilangan
suku katanya antara empat hingga tujuh belas suku kata.
5.Rima
akhirnya tidak sama.
PERSOALAN
1.Pengorbanan
diri untuk orang lain.
Contoh:
kesanggupan berkorban demi menegakkan kebenaran dan keadilan.
2.Kesan
peperangan.
Contoh:
dalam peperangan berlaku tipu daya dan muslihat serta telah membangkitkan
perasaan dendam antara satu sama lain.
3. Menegakkan
keadilan.
Contoh:
menjadi tanggungjawab setiap orang untuk menghentikan kezaliman dan penindasan
demi menegakkan keadilan.
4. Kesetiaan
terhadap negara.
Contoh:
setiap orang mesti menunjukkan kesetiaan terhadap negara yang didiaminya.
5. Penilaian
perlu dibuat secara adil berdasarkan konteks.
Contoh:
Tindakan Jebat memberontak adalah untuk menuntut keadilan terhadap Tuah dan
bukan penderhakaan kepada raja.
NILAI
1.Keberanian
– penyajak berani mencari jawapan dan kepastian antara pahlawan dengan pengkhianat.
2.Keadilan –
Tuah dan Jebat hendaklah diadili dengan saksama.
3.Keinsafan
– penyajak insaf bahawa peperangan dan perbalahan akan menggugat kedamaian
hidup.
4.Kerajinan
– usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh untuk membina kebahagiaan hidup semula
selepas peperangan perlu dilakukan.
5.Bertanggungjawab–Hang Jebat bertanggungjawab
menyelesaikan segala tugasan yang diberikan kepadanya sebagai seorang pemimpin
dan berusaha membangunkan negara dan menyejahterakan rakyat .
PENGAJARAN
1.Kita mestilah
bersikap berani untuk mencari jawapan yang sahih agar kita tersilap membuat
keputusan.Contohnya, penyajak berani mencari jawapan dan kepastian antara
pahlawan dengan pengkhianat.
2.Kita
mestilah rajin membina negara yang sejahteraan dan aman selapas peperangan.Contohnya,masyarakat berusaha untuk membangunkan negara dan menyejahterakan
rakyat selepas kematian Hang Tua dalam perang.
3.Kita
mestilah bertanggungjawab menyelesaikan segala tugasan yang diberikan kepada
kita sebagai seorang pemimpin.Contoh, Hang
Jebat bertanggungjawab menyelesaikan
segala tugasan yang diberikan kepadanya sebagai seorang pemimpin dan berusaha
membangunkan negara dan menyejahterakan rakyat .
4.Kita
mestilah amanah dalam usaha menjalankan tanggungjawab sebagai seorang yang memimpin
sesuatu organisasi.Contohnya,selepas kematian Hang
Tuah, Hang Jebat dinobatkan sebagai pemimpin yang sebenar dan disokong oleh
rakyatnya.
5.Kita
mestilah adil dan saksama dalam segala perbuatan demi memastikan kesempurnaan
sesuatu organisasi yang kita pimpin.Contohnya,Tindakan Jebat memberontak adalah
untuk menuntut keadilan terhadap Tuah dan bukan penderhakaan kepada raja.