2017年7月26日星期三

Cerpen Erti Hidup Bererti

Tema
Insan tua hidup dalam kesunyian kerana dipinggirkan oleh anak-anak kandungan sendiri tapi masih tetap mendambakan kasih sayang dan perhatian anak-anak.

Persoalan
1.Kesedihan warga tua yang kesepian
-wanita tua mengeluh mengenangkan dirinya yang kesumyian kerana tidak diziarahi oleh sesiapapun.
2.Sikap anak-anak yang mementingkan diri
-wanita tua mengenangkan nasibnya yang ditolak daripada seorang anak kepada seorang anak yang lain kerana tidak mahu menjaga dirinya yang uzur.
3.Kasih sayang ibu tiada penghujung
-wanita tua tetap berdoa agar anak-anaknya segera insaf walaupun hatinya terluka degan sikap anak-anak kandungnya.
4.Harapan ibu terhadap zuriatnya sendiri
-wanita tua berharap agar anak-anak kandungnya kembali mengeratkan semula hubungan kekeluarga mereka demi mengubati hatinya yang luka.
5.Kehidupan manusia di dunia tiada yang kekal
-wanita tua mengingatkan anak-anak kandungan bahawa kehidupan mereka di dunia tidak kekal,sampai masa pasti akan pergi meninggalkan dunia,yang kekal hanya tuhan.

Nilai
1.Kasih sayang
-wanita tua terlalu sayang anak-anak kandungnya.dia tetap berdoa agar anak-anaknya insaf walaupun berasa amat sedih kerana disisihkan oleh mereka.
2.Kederaan
-wanita tua reka akan nasib dirinya yang dipinggir anak-anak
3.Ketelusan hati
-wanita tua tetap mendoakan kesejahteraan hidup anak-anak kandungnya tanpa mengira kesatiaan dann kederhakaan anak-anaknya kepadanya.
4.Bertanggungjawab
-anak-anak perlulah insaf terhadap tanggungjawab menjaga kebajikan
ibu kandung dan memberikan kebahagian kepadanya.
5.kesabaran
-wanita tua sabar menunggu anak-anak kadungnya di rumah orang tua walaupun anak kandungnya telah lama tidak melawarnya.

GAYA BAHASA
(1) Personifikasi,
Buktinya, malam sepi
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
(2) Simile
Buktinya, bagai kalung
(3) Sinkope
Buktinya, yang melingkari leherku
siapa yang akan datang menjengukku
kucari erti hidup
(4) Anafora
Buktinya, dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
ada yang mati
ada yang hidup
(5) Responsi
Buktinya, dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.

BENTUK SAJAK
1. Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.
2. Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama. Rangkap pertama mengandungitujuh baris, rangkap kedua mengandungi sepuluh baris, dan rangkap ketiga mengandungi sebelas baris.
3. Jumlah patah kata dalam setiap baris jugak tidak sama, iaitu antara dua hingga enam patah kata dalam satu baris.
4. Jumlah suku kata dalam setiap baris terdiri daripada empat hingga tiga belas suku kata.
5. Rima akhir sajak ini ialah rangkap pertama: aabcaca, rangkap kedua: abccdeafgh, dan rangkap ketiga: aabacdefdgc
6. Sajak ini berbentuk bebas atau tidak terikat

Pengajaran
1. Kita mestilah sayang akan ahli keluarga dan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.
-wanita tua tetap mendoakan kesejahteraan hidup anak-anak kandungnya tanpa mengira kesatiaan dann kederhakaan anak-anaknya kepadanya.
2 Kita mestilah sabar menghadapi apa-apa cabaran yang menimpa kita agar dapat menjadikan diri kita lebih kental.
-wanita tua sabar menunggu anak-anak kadungnya di rumah orang tua walaupun anak kandungnya telah lama tidak melawarnya.
3. Kita haruslah menjadi anak yang bertanggungjawab dengan menjaga kebajikan ibu bapa dan menyejahterakan serta membahagiakan mereka.
- anak-anak perlulah insaf terhadap tanggungjawab menjaga kebajikan
ibu kandung dan memberikan kebahagian kepadanya.
4. Kita mesti sedar bahawa hidup dan mati lalah putaran kehidupan dunia agar terus melakulan kebaikan.
-insan tua mengingatkan anak-anaknya agar sedar setiap yang hidup pasti akan mati ,maka segara insaf aksn kesilapan yang telah dilakukan oleh mereka kepadanya.
5.Kita jangan mengabaikan keperluan orang tua kita agar kehidupan mereka ceria di penghujung usia.
-insan tua mengeluh kesunyian kerana tiada seorang anak pun yang mengambil berat dan menjenguknya.

2 条评论: