2017年7月26日星期三

Sajak Kudup Perang

Tema
Tema sajak ini ialah kepentingan kewibawaan dan ketokohan seseorang pemimpin dalam menerajui sesebuah organisasi. Hal ini dikatakan demikian kerana pemimpin pada masa ini semakin berani memutar-belitkan keadaan yang sebenar demi menjaga kepentingan diri. Oleh sebab itu, penulis berpendapat bahawa manusia pada zaman moden ini masih memikirkan calon pemimpin mereka yang paling berwibawa dan berketerampilan.

GAYA BAHASA
(1) Anafora
Buktinya, untuk berlari dengan tangan bergari
untuk sehari lagi; sambil bertanya:
(2) Responsi
Buktinya, mewarnakan keindahan pada hodohnya
menjungkitkan amarah pada damainya
(3)Sinkope
Buktinya, Andai namamu Tuah, kita masih
Andai namamu Jebat, kita masih tidak
(4) Imejan atau imej alam
Buktinya, ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus
ringkik kuda, gemerincing
bercabang lalu bertemu bayu palsu;
Sehingga senja tiba,
(5)Simile
Buktinya, perca-perca bahagia – seperti perawan
(6) Perlambangan
Buktinya, Sehingga senja tiba
Senja dalam baris sajak di atas melambangkan waktu zaman sudah tua

BENTUK SAJAK
1.Terdiri daripada enam rangkap.
2.Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama. Rangkap pertama; sebelas baris, rangkap kedua; sepuluh baris, rangkap ketiga; sepuluh baris, rangkap keempat; enam baris, rangkap kelima; lapan baris dan rangkap keenam; empat baris.
3.Jumlah patah kata dalam setiap baris juga tidak sama iaitu antara dua hingga enam patah kata dalam satu baris.
4.Bilangan suku katanya antara empat hingga tujuh belas suku kata.
5.Rima akhirnya tidak sama.

PERSOALAN
1.Pengorbanan diri untuk orang lain.
Contoh: kesanggupan berkorban demi menegakkan kebenaran dan keadilan.
2.Kesan peperangan.
Contoh: dalam peperangan berlaku tipu daya dan muslihat serta telah membangkitkan perasaan dendam antara satu sama lain.

3. Menegakkan keadilan.
Contoh: menjadi tanggungjawab setiap orang untuk menghentikan kezaliman dan penindasan demi menegakkan keadilan.
4. Kesetiaan terhadap negara.
Contoh: setiap orang mesti menunjukkan kesetiaan terhadap negara yang didiaminya.
5. Penilaian perlu dibuat secara adil berdasarkan konteks.
Contoh: Tindakan Jebat memberontak adalah untuk menuntut keadilan terhadap Tuah dan bukan penderhakaan kepada raja.

NILAI
1.Keberanian – penyajak berani mencari jawapan dan kepastian antara pahlawan dengan pengkhianat.
2.Keadilan – Tuah dan Jebat hendaklah diadili dengan saksama.
3.Keinsafan – penyajak insaf bahawa peperangan dan perbalahan akan menggugat kedamaian hidup.
4.Kerajinan – usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh untuk membina kebahagiaan hidup semula selepas peperangan perlu dilakukan.
5.Bertanggungjawab–Hang  Jebat  bertanggungjawab menyelesaikan segala tugasan yang diberikan kepadanya sebagai seorang pemimpin dan berusaha membangunkan negara dan menyejahterakan rakyat .

PENGAJARAN
1.Kita mestilah bersikap berani untuk mencari jawapan yang sahih agar kita tersilap membuat keputusan.Contohnya, penyajak berani mencari jawapan dan kepastian antara pahlawan dengan pengkhianat.
2.Kita mestilah rajin membina negara yang sejahteraan dan aman selapas peperangan.Contohnya,masyarakat berusaha untuk membangunkan negara dan menyejahterakan rakyat  selepas kematian Hang Tua dalam perang.
3.Kita mestilah bertanggungjawab menyelesaikan segala tugasan yang diberikan kepada kita sebagai seorang pemimpin.Contoh, Hang  Jebat  bertanggungjawab menyelesaikan segala tugasan yang diberikan kepadanya sebagai seorang pemimpin dan berusaha membangunkan negara dan menyejahterakan rakyat .
4.Kita mestilah amanah dalam usaha menjalankan tanggungjawab sebagai seorang yang memimpin sesuatu organisasi.Contohnya,selepas kematian Hang Tuah, Hang Jebat dinobatkan sebagai pemimpin yang sebenar dan disokong oleh rakyatnya.

5.Kita mestilah adil dan saksama dalam segala perbuatan demi memastikan kesempurnaan sesuatu organisasi yang kita pimpin.Contohnya,Tindakan Jebat memberontak adalah untuk menuntut keadilan terhadap Tuah dan bukan penderhakaan kepada raja.

8 条评论: